Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi
Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan
membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian” -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
BILA AKU MENCINTAI
Allahu Rabbi…
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-MU berkurang
Hingga membuatku lupa akan adanya Engkau
Allahu Rabbi…
Aku punya pinta, bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan Cinta-Mu
yang tak terbatas biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi…
Pilihkanlah untukku wanita yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami dalam rangka tuk meraih cinta-Mu
Dan janganlah kau pernah palingkan wajah-Mu dariku
Anugrahkanlah aku cinta-Mu ,Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Cinta itu seperti api abadi, yang suatu waktu ia menyala, namun kemudian akan membakar seluruh waktu.
Cinta lebih tua daripada alam ini karena alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta.
HADIAH TERBAIK
Hadiah terbaik kepada kawan adalah kesetiaan
Hadiah terbaik kepada musuh adalah kemaafan
Hadiah terbaik kepada ketua adalah khidmat
Hadiah terbaik kepada yang muda adalah contoh yang terbaik
Hadiah terbaik kepada yang tua adalah hargai budi mereka dan kesetiaan
Hadiah terbaik kepada pasangan adalah kesetiaan
Hadiah terbaik kepada alam adalah merawatnya
TUNJUKKANLAH JALANKU
Ya Rabbi..
Terlalau banyak ku berbuata dosa
Sehingga rsanya tak terhapuskan lagi
Ya Rabbi..
Bagaimana kuhitung dosaku
Sedangkan terlalu banyak dosa yang ku perbuat
Ya Rabbi…
Aku tak sanggup memikul dosa ini
Yang begitu banyak hingga menyesakkan
aliran nafasku i ni..
Ya Rabbi..
Sinar kebahagiaan pun sulit ku temui
Adakah ini angkara dosa masa laluku..??
Ya Rabbi..
Ampunilah aku, tunjukilah aku
Bukakan hatiku ke arah kebenaran
Biarlah aku bersyukur slalu dg Nikmat-Mu
Ya Rabbi…
Tuntunlah aku kejalan yang terang penuh cahaya
Agar ku mampu merangkak kembali tuk pulang
Mencari jalan-Mu …dan menuju arah-Mu ya Rabbi..
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.